Pertukaran ke SMK Chong Hwa, Jalan Gombak

Hari ini PPD Sentul cukup sibuk. Ramai ibubapa berpusu ke pejabat untuk usahakan penukaran sekolah anak mereka.

Antara sekolah yang popular terletak di daerah Sentul adalah SMK Chong Hwa, Jalan Gombak. Ramai yang menghubungi saya berkenaan dengan penempatan sekolah.

SMK Chong Hwa merupakan sebuah sekolah yang terkenal. Saya amat bersimpati kepada mereka ibubapa – ada yang menetap dekat dengan Chong Hwa tetapi dihantar ke SMK Air Panas dan SMK Danau Kota. Namun, pengetua mahupun pentadbiran sekolah tiada kuasa untuk urusan penukaran sekolah.

Mereka harus menguruskan sendiri di pejabat PPD. Semoga usaha mereka dipernudahkan.

Leave a Reply