Pokok Condong di Taman Setapak Indah

Masalah pokok condong di Taman Setapak Indah telah selesai.

Semalam, DBKL telah mengambil tindakan untuk menjalankan proses cantasan dan pemotongan pokok yang terlalu besar di sekitar Jalan 7D/6 – Jalan 8D/6.

Walaupun diberi notis singkat, namun penduduk kawasan sempat mengalihkan kenderaan mereka sebelum pasukan unit pokok sampai pada 10 pagi.