Pokok di Jalan 7D/6 perlu perhatian!

Setelah mendapat panggilan daripada Michael dan Andrew, saya bersama Ketua Ranting Sdr Vijey telah ke Taman Setapak Indah untuk meninjau isu pokok yang telah condong ke hala rumah penduduk.

Jalan 7D/6 sehingga Jalan 9D/6 mempunyai risiko yang tinggi. Sekurang-kurangnya 6 barang pokok telah dikenal pasti oleh DBKL sebagai merbahaya.

Saya telah menyeru supaya DBKL untuk menjalankan tindakan dengan kadar segera. Setiap kali hujan, penduduk berdepan dengan detik cemas khuatiri pokok akan tumbang bila bila masa.