Pokok Pinang di Danau Kota ditebang

Pokok pinang mungkin sedap dipandang mata, tetapi saban pokok sentiasa bergoyang kuat ditiup angin semasa musim hujan.

Jason membuat aduan kepada saya apabila beberapa insiden buah jatuh terkena kenderaan. Saya menghubungi Jabatan Landskap dan Rekreasi DBKL untuk tindakan serta merta.

Lokasi terletak di kawasan komersil Danau Kota berhadapan dengan Setapak Central.

Meskipun saya mempunyai perbezaan pendapat, tetapi saya akur bahawa ia bukan kerja mudah untuk menebang pokok yang berisiko tinggi.

Terima kasih DBKL.

Leave a Reply