Pokok-pokok tinggi di Desa Setapak diberi perhatian

DBKL telah mula mencantas pokok di sekitar rumah perumahan Desa Setapak. Ada juga pokok yang terlalu lebat sehingga menutup lampu jalan. Aduan kepada unit pokok akhirnya mendapat jalan penyelesaian.

Penduduk memang mengharapkan ia dilakukan kerana pokok lebat mendatangkan risiko keselamatan. Bukan senang apabila ramai daripada mereka yang mengadu perkara yang sama.

Kerja masyarakat sebegini mungkin tidak penting bagi ramai, tetapi selama ini saya menganggap ia adalah tanggungjawab mereka yang berkuasa untuk menolong penduduk, bukan semata-mata untuk sentiasa bermain politik.

Isu komuniti juga sama penting dan harus diusahakan sebaik-baiknya.