Pokok tumbang di Bukit Mas

Sedutan video berkenaan dengan pokok tumbang di Bukit Mas pada pukul 9.45 malam tadi. Penduduk-penduduk bertungkus lumus untuk memotong pokok yang jatuh menghalang satu-satunya jalan keluar masuk berdekatan pondok pengawal.

Walaupun separuh laluan telah dibersihkan, namun saya telah menghubungi Balai Bomba Taman Melati untuk menghantar pasukan untuk membersihkan sepenuhnya sisa pokok di atas jalan raya.

Hujan lebat tidak nampak akan berhenti dalam masa terdekat. Saya menyeru supaya pihak Bomba untuk mengenal pasti pokok yang dalam keadaan merbahaya di sepanjang jalan.

Syabas Bukit Mas atas semangat kejiranan anda. Bomba telah bertolak ke kawasan!