Pokok tumbang di Danau Kota

Kawasan komersil sekitar Danau Kota mengalami isu pokok tumbang yang serius. Saya menghubungi pihak JKP DBKL selepas saya mendapat panggilan pada pukul 5.30 petang.

Penguatkuasa dari DBKL Wangsa Maju dan JPK bertungkus lumus membersihkan sisa pokok tumbang di Setapak Indah dan Jalan Langkawi.

Dalam masa yang sama, saya telah mendapatkan Tn Letchumanan daripada Balai Bomba Wangsa Maju untuk mengerahkan bantuan kecemasan ke kawasan.