Pokok tumbang di hadapan Hospital Anggota Tentera Tuanku Mizan

Pokok tumbang di Seksyen 2 hadapan Hospital Anggota Tentera Tuanku Mizan pagi hari ini. Banyak laporan telah diadukan kepada pejabat kami.

Sdr Sri Tharan, Pengerusi Majlis Perwakilan Masyarakat Subzon 6 telah membuat aduan rasmi kepada pihak DBKL.

Unit Pokok DBKL bertindak cepat untuk membersihkan kawasan pada tengah hari yang sama.