Pokok tumbang di Jalan Sentul Bahagia 2

Sebatang pokok besar telah tumbang di Jalan Sentul Bahagia 2, Kampung Puah Seberang petang tadi. Sdr Iskandar, pegawai dari pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju bergegas ke kawasan setelah menghubungi DBKL JPK Kecemasan untuk mengalihkan pokok tersebut.

Operasi baru sahaja berakhir pada pukul 9.30 malam. Tiada kecederaan atau kerosakan besar dilaporkan.

Terima kasih kepada Tn Razman, penyelaras Zon DBKL Cawangan Wangsa Maju yang berada sepanjang malam untuk membantu.