Pokok tumbang di sekitar Wangsa Maju akibat ribut

Kami mendapat banyak laporan pokok-pokok besar tumbang di banyak kawasan di Parlimen Wangsa Maju akibat ribut.

Hujan amat lebat, sehingga akar pokok tercabut. Mengikut salah seorang pengadu, ini kali pertama berlaku.

Kami telah membuat laporan kepada DBKL dan pihak Bomba. Sila berhati-hati dalam perjalanan.