Program Bantuan Bakul Makanan Parlimen Wangsa Maju

Kepada rakan media sosial dan warga Wangsa Maju:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4154576044556124&id=100000113094052

PROGRAM BANTUAN MAKANAN UNTUK WANGSA MAJU

Negara kita sedang mengalami masa yang sukar sekarang dan saya tahu ramai di antara kita yang tidak bersedia untuk pandemik Covid-19 dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Saya telah menerima banyak permintaan bantuan kewangan dan makanan pada minggu lalu. Dengan bantuan ahli-ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Pusat Khidmat Rakyat saya dapat menyampaikan makanan kepada keluarga-keluarga ini.

Saya menjangkakan bilangan keluarga yang memerlukan makanan akan meningkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Oleh itu, saya menyediakan ‘Program Bantuan Makanan’ untuk mereka yang memerlukan.

Penerima sasaran kami adalah penduduk Wangsa Maju yang kehilangan pendapatan sama ada mereka telah kehilangan pekerjaan atau tidak dapat menjalankan perniagaan kerana PKP.

Kepada mereka yang memerlukan bantuan, sila daftar dengan kami dengan menyediakan maklumat yang diperlukan.

Kepada rakan-rakan semua, tolong bantu saya untuk menghebahkan mesej ini kepada rakan-rakan, jiran atau mereka yang sememangnya memerlukan bantuan ini.

Marilah kita bersama menjadikan Wangsa Maju sebagai kawasan yang lebih baik untuk semua orang.

Datin Paduka Dr Tan Yee Kew
Ahli Parlimen Wangsa Maju