Program Cuti Sekolah oleh Bidadari Malaysia di PPR Gombak Setia

Bidadari Malaysia menganjurkan program cuti sekolah untuk kanak-kanak di PPR Gombak Setia. Terima kasih kepada pasukan Pn Napsiah Khamis dan Pn Azizah Maan atas inisitif yang mulia. Pengisian program, selain daripada ‘back to school’, juga mempunyai demo jahitan, kaunter pedaftaran bergerak MySalam, PEKA dan insiatif kerajaan yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia Madani.

Ramai yang terlepas program ini, kerana berada di luar kawasan sempena cuti panjang. Tetapi Napsiah berjanji akan kembali ke Wangsa Maju untuk program kebajikan yang lebih bermakna.

Sekali lagi, penghargaan kepada semua yang terlibat; Hj Khair, Hassan KRT, Abang Dollah PAWE, Pn Devi dari DBKL dan ramai lagi!