Program gunting rambut Kg Lee Kong Chian 2022

Program gunting rambut percuma yang terakhir untuk tahun ini di Kampung Lee Kong Chian.

Program anjuran KRT kawasan mendapat sambutan yang amat merangsangkan kali ini, kerana kurang daripada 3 minggu dari sekarang kami akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

KRT Lee Kong Chian antara KRT yang paling aktif di kawasan Wangsa Maju. Tahniah kepada En Kerk, pengerusi dan pasukannya.