Program Infaq Edaran Bubur Lambuk KEADILAN

Pn Rohaidah, Ketua Wanita KEADILAN Wilayah Persekutuan berada di Taman Melati untuk Program Infaq Edaran Bubur Lambuk pada petang Ahad tadi.

Cuaca agak mendung, tetapi ramai ceria berkunjung ke Bazaar Ramadhan Taman Melati menjelang seminggu lebih sebelum Raya.

Turut hadir bersama Zahir Hassan, Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Saiful Mansur, Pengarah Komunikasi Wilayah Persekutuan dan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju.