Program Kesedaran CPR amat berjaya!

Hari ini kita menganjurkan program Hari Kesedaran CPR anjuran Bulan Sabit Merah di Tasik Danau Kota. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan betapa pentingnya CPR untuk menyelamatkan nyawa di saat-saat kecemasan.

Program Bulan Sabit Merah ini diketuai oleh Sdr Wai Lon dan Tn Khairuddin amat berjaya. Anggaran lebih daripada 180 peserta hadir dalam program 2 jam ini.

Selain daripada latihan CPR, terdapat juga senaman zumba oleh Setapak C9, pameran pasukan kecemasan Bulan Sabit Merah, pameran  Vitalfour dan kem kesihatan yang dianjur oleh BIG Pharmarcy.

Terima kasih kepada Setapak 文良港讲饮讲食吹水站, Pn Jessie Chiew Mei Kheng dan Orang Wangsa Maju yang sudi mempromosikan program ini di laman Facebook masing-masing.

Perkongsian ini sesautu yang amat memanfaatkan. Saya bercadang untuk mengembangkan program ini ke sekolah-sekolah dan pusat komuniti setempat. Apa kata anda?

在 Danau Kota 公园广场 我们有一个特别活动。有免费的血压血糖,身体检查,CPR 心脏复苏示范。

心肺功能停止后,病患大脑中的氧气仅够支持4-6分钟。迅速进行心肺复苏 (CPR) 是至关重要的,它可以向大脑输送氧气,减缓脑细胞坏死。在专业救护人员抵达之前,普通人也可以进行初步急救,这对提高生存率至关重要。

现场将有专业人员进行示范,提供40个模拟道具,教导大家正确的CPR技巧!