Program kesedaran kebakaran di Taman Melati

Sehabis program BOMBA di Taman Melati, saya berkunjung ke program BOMBA di Desa Andaman pula.

Seperti yang disebut dalam ucapan saya, kawasan berpagar keselamatan ini antara taman perumahan yang paling aktif. Walaubagaimanapun, ini adalah kali pertama saya turun ke kawasan ini. Setiap kali saya ke kawasan, saya lebih tertumpu kepada masalah komuniti Seksyen 1 Blok A & B seberang jalan Desa Andaman.

Saya percaya Desa Andaman berada di tangan yang baik. Persatuan penduduknya dikendalikan oleh mereka professional pelbagai kaum seperti Suzanne, Datuk Khairul, Dr Roshen dan Andy.

Saya diberi peluang untuk membuat demonstrasi untuk memadam api. Program ini adalah sebuah program kesedaran dan wajar kita pastikan setiap rumah, harus mempunyai satu pemadam api mudah alih.

Saya tidak sempat meluangkan sepenuh masa dengan mereka, tetapi saya percaya akan kembali satu hari ini untuk sesi santai bersama para penduduk, khususnya kenalan saya Datuk Khairul.