Program Kesejahteraan Komuniti Wangsa Siaga

Memenuhi jemputan ke Program Kesejahteraan Komuniti Wangsa Siaga bersama rakan setugas Kerajaan Perpaduan saya, Datuk Ng How Doo Pengerusi MCA Wangsa Maju. Selain daripada jamuan tengah hari yang bagus, pengisian program CPR dan penerangan jenayah siber oleh PDRM amat berguna.

Ceramah penerangan jenayah siber amat menepati masa, kerana terdapat banyak kes sebegini berleluasa. Bahkan tidak lama dahulu, pengerusi Kol Fuzi menjadi mangsa scam apabila no tel telah digodam. Penceramah Inspektor Amirah amat teliti dalam penjelasan – banyak Q&A dengan penduduk. Salah seorang anak penduduk yang berada di sekolah rendah amat berminat dalam topik ‘love scam’. 😀

Program dijalankan pada 23 Disember 2023 dan semoga ilmu dapat dihadam sepanjang cuti panjang Hari Natal ini.