Program PekaB40 Wangsa Maju

Program PekaB40 di PPR Gombak Setia mendapat sambutan yang baik dari kalangan penduduk. Umur kelayakan kini diturunkan ke 40 tahun, maka lebih ramai penduduk boleh mendapatkan insentif kesihatan ini.

Walaupun ia disasarkan kepada penduduk PPR Gombak Setia, ramai mereka dari luar kawasan seperti Seksyen 2 dan Setapak Indah juga hadir program saringan kesihatan ini.

Terima kasih kepada Dr James dan Datuk Alias dari Skuad 69 yang telah menjayakan program bersama.

Kami akan mengadakan lebih banyak program sedemikian selepas Tahun Baru Cina. Diharap lebih ramai lagi penduduk boleh mendapat manfaat daripada PekaB40