Program TOT AADK bersama NGO

Diiringi oleh Hj Fairuz, Ketua Cawangan DBKL Wangsa Maju dan sahabat saya Tn Kamsol Yahya, Pengerusi Persatuan Penduduk Sri Langkawi 2 ke majlis AADK Daerah Sentul (Wangsa Maju terletak dalam Daerah Sentul) bersama masyarakat bagi tadi di PA Seri Langkawi 2.

AADK merupakan agensi kerajaan utama membasmi dadah melalui pendekatan Pencegahan, Rawatan & Pemulihan serta Penguatkuasaan. Oleh itu penyelarasan harus di pertingkatkan dengan unit-unit di peringkat akar umbi seperti KRT dan persatuan penduduk.

Seperti yang saya kongsi dalam kata-kata aluan, isu dadah lebih serius di kawasan B40 dan kepadatan tinggi. Oleh itu, Sri Langkawi 2 amat sesuai dijadikan tapak untuk program ini.

Saya menyeru kepada pihak AADK untuk memperbanyakkan program seumpama ini terutamanya pihak persatuan di bawah Kamsol, yang telah banyak mencurahkan usaha membantu komuniti.

Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini bersama.

One thought on “Program TOT AADK bersama NGO

  1. mypassiveincome23 June 8, 2024 at 7:35 pm

    ————–

    Ignite your income potential with the explosive Ninja Strategy course! – http://slickwaves.com/

Leave a Reply