Program Wanita KEADILAN Wangsa Maju bersama kanak-kanak istimewa

Bersama Wanita Wangsa Maju di Desa View Towers dalam Program Rintis Anak Istimewa. Cik Rosemary, AJK Wanita merupakan seorang professional bertauliah yang khusus dalam penjagaan kanak-kanak istimewa.

Antara aktiviti hari ini adalah kursus membuat kek, mewarna dan aktiviti kraftangan bersama ahli-ahli KEADILAN dan Persatuan Kebajikan Ihsan Amal Kuala Lumpur.

Menurut Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM), setiap 1 dalam 68 kanak-kanak didiagnosis sebagai autisme. Ini bermakna terdapat 9,000 bayi yang baru lahir disahkan autisme di Malaysia.

Rosey dan abangnya Francis mengusahakan pusat jagaan ini dengan penuh azam. Tanpa semangat kental, tidak mungkin ia dapat dilakukan.

2 thoughts on “Program Wanita KEADILAN Wangsa Maju bersama kanak-kanak istimewa

  1. Free KetoDietRecipes & Guides March 9, 2024 at 8:25 pm

    good read

    Have A Great Day Ahead – Melissa

    Over 50 Delicious Keto Recipes – http://www.ketodietrecipes.co.uk

  2. Free KetoDietRecipes & Guides March 17, 2024 at 11:40 am

    Great Read –

    Have A Great Day Ahead – Melissa

    ps If i May Add , My New Delicious Keto Recipes Blog Is NOW LIVE – http://www.ketodietrecipes.co.uk Please Follow & Leave A Like

Leave a Reply