Projek Pembentungan JPP (D44) menjejaskan penduduk tempatan

Jalan Prima Setapak berdekatan dengan Pasar terbuka Prima Setapak telah lama terjejas akibat projek pembentungan JPP (D44).

Walaupun Puncak Niaga telah meneruskan kerja mereka dalam tempah PKPB namun keadaan permukaan jalan rosak disebabkan jentera berat yang sering berada di sini.

Hujan lebat kebelakangan ini juga menyebabkan lubang jalan semakin besar.

Saya telah berhubung dan mendapat kata sepakat daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Perbentungan dan Puncak Niaga. Mereka bersetuju untuk menyiapkan jalan ini minggu hadapan.