Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju hantar makanan kepada keluarga dikuarantin

Kesukaran hidup keluarga yang dikuarantin mendapat perhatian Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju.

Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen Wangsa Maju, pusat khidmat itu baru-baru ini menghantar bantuan kepada penduduk yang sulit mendapatkan bekalan makanan atau berada di rumah saudara mara mereka.

“Ramai pengundi Wangsa Maju, oleh kerana kesulitan Covid 19 terpaksa menetap di rumah saudara mara untuk mengurangkan risiko jangkitan. KEADILAN Wangsa Maju menjejak mereka ini, kebanyakkan tinggal sementara di kawasan berdekatan seperti Gombak dan Ampang.

“Ada daripada mereka yang juga telah dijangkiti dan dan kini berkuarantin sendiri,” katanya.

Menurut beliau lagi, KEADILAN Wangsa Maju senantiasa bersedia untuk keadaan seperti itu.

Katanya, melalui aktivis KEADILAN tempatan seperti Puan May dan Vijendran, bantuan sering dihantar kepada penduduk yang terpaksa berkuarantin kendiri.

“Ramai daripada mereka ini dijangkiti Covid dari tempat kerja dan tidak sempat mendapat suntikan vaksinasi walaupun telah lama menunggu,” katanya lagi.

 

Suara KEADILAN
https://www.suarakeadilan.my/post/pusat-khidmat-parlimen-wangsa-maju-hantar-makanan-kepada-keluarga-dikuarantin