Raikan Perayaan Solsitis Musim Sejuk Pertama Di Bawah PM Anwar

“Winter Solstice 2022 boleh diibaratkan sebagai satu permulaan era baharu yang dikiaskan dengan pemerintahan baru di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim”

Sumber: Media Rania
https://www.mediarania.com/2022/12/19/raikan-perayaan-solsitis-musim-sejuk-pertama-di-bawah-pm-anwar/

#AnwarIbrahim #KerajaanPerpaduan #WinterSolscite2022

Kongsikan Artikel Ini

Raikan Perayaan Solsitis Musim Sejuk Pertama Di Bawah PM Anwar!

PENDAPAT, 19 Dis – Bagi mereka yang ingin tahu, perayaan Solstis Musim Sejuk atau Winter Solstice menandakan hari terpendek dan malam terpanjang dalam setahun dalam kalendar Hemisfera Utara.

Ia merupakan salah satu perayaan terpenting yang disambut oleh orang Cina dan Asia Timur yang lain.

Terdapat pepatah di China kuno 冬至大如年, yang bermaksud “Solstis Musim Sejuk lebih besar daripada Tahun Baru Cina”. Ia amat berasas kerana ia menyambut pengakhiran musim menuai hasil pertanian masyarakat Cina kuno.

Hari tersebut, mereka akan membuat sembahyang kesyukuran tahunan kepada nenek moyang, sebagai tanda permulaan musim yang baru. Oleh itu, ia dianggap satu perayaan penting kerana kerana ia adalah hari pertama tahun kitaran solar baharu, dan setiap orang secara teknikal akan menjadi lebih tua setahun.

Nenek moyang masyarkat Cina di Malaysia berasal daripada kawasan selatan China di Guangzhou dan Fujian. Sejarah Winters Solstice di China telah berusia 2,000 tahun lamanya – namun pada 1970an, China telah melalui zaman kegelapan selama sedekad semasa ‘Cultural Revolution’, menyebabkan banyak intipati kebudayaan telah lesap dari masyarakat di China.

Hanya mereka warga Tiong Hua yang telah berhijrah ke Asia Tenggara sahaja masih lagi meneruskan kebudayaan yang diwarisi oleh nenek moyang, termasuk budaya menyambut bersama keluarga dan memakan ‘tangyuan’ atau bebola pulut.

Walau bagaimanapun, boleh dikatakan Malaysia juga telah melalui zaman ‘kegelapan’ selama 3 tahun, akibat ketidaktentuan politik dan pandemik.

Winter Solstice 2022 boleh diibaratkan sebagai satu permulaan era baharu yang dikiaskan dengan pemerintahan baru di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kebetulan hari ini, beliau telah melepasi ujian undi percaya dengan suara majoriti sokongan daripada ahli parlimen untuk menyokong beliau menjadi Perdana Menteri.

Oleh kerana beliau memperolehi mandat besar ini, Kerajaan Perpaduan ini akan mula beroperasi secara rasmi dan pastinya mampu membawa pembaharuan positif sekiranya diberi jangka masa yang memadai.

Ini adalah Winters Solstice pertama di dalam pentadbiran Dato’ Seri Anwar. Mungkin tidak lagi penting di tempat lain, tetapi di Malaysia pada 2022 perayaan patut disambut dengan penuh kemeriahan dengan semangat muhibbah.

Slogan ‘KEADILAN untuk Semua’ dipraktikan, oleh itu setiap perayaan di Malaysia harus di sambut bersama.

Tahun ini, Winters Solstice jatuh pada 22 Disember 2022 dan Tahun Baru Cina pada 22 Januari 2023.

Kepada masyarakat Cina, selamat menyambut perayaan Winters Solstice dan bersedialah untuk persediaan Tahun Arnab 2023!!!

– Andre Lai merupakan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan.
https://www.mediarania.com/2022/12/19/raikan-perayaan-solsitis-musim-sejuk-pertama-di-bawah-pm-anwar/