Rayuan kenaikan cukai taksiran MPAJ

Saya mengambil bahagian dalam program rayuan kenaikan cukai taksiran MPAJ di Kampung Baru Cina Ampang. Progam ini merupakan anjuran komuniti setempat.

Saya memahami setiap kenaikkan mempunyai justifikasi sendiri. Hanya melalui sesi pencerahan atau ‘townhall’ mampu memberi penjelasan yang wajar kepada penduduk terlibat.

Tempat seperti sekolah, rumah ibadat serta pasar merupakan tumpuan penduduk yang ramai dan wajar digunakan untuk MPAJ memberi penerangan.

Terima kasih kepada 3 ADUN yang hadir untuk menyokong inisiatif penduduk; YB Jia Haur Teratai, YB Altimet Lembah Jaya dan YB Kamri Bukit Antarabangsa. Kehadiran mereka memberi suntikan terhadap penduduk yang hadir.

Hanya satu keluhan yang saya nampak, sepatutnya ketua komuniti dan MPAJ harus bersikap proaktif untuk mendekati penduduk dan bukan sebaliknya. Tidak perlu ada unsur boikot atau fitnah kerana ia  hanya akan mengeruhkan keadaan.

Apakan pendirian saya? Saya tidak membantah sepenuhnya, tetapi sekiranya ada justifikasi yang munasabah, saya tiada bantahan.

Leave a Reply