Reformasi Institusi Mencetuskan Perubahan

Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju telah mengadakan sidang akhbar berkenaan dengan isu kebersihan kawasan Prima Setapak pada 4hb Disember yang lalu. Operasi pembersihan telah bermula 14 Disember setelah peniaga mendapat notis amaran seminggu sebelum ini.

Tahap kebersihan di kawasan amat tidak memuaskan semasa lawatan dapat dijalankan. Aduan demi aduan telah dibuat oleh peniaga dan penduduk, namun tidak ada penguatkuasaan selama 20 tahun kewujudan kawasan komersil ini.
Semasa notis diberi, mereka mungkin memperlekehkan usaha pihak berkuasa yang bagi mereka, tidak akan ada apa-apa tindakan. Mungkin di masa silam, kepincangan berlaku dan seringkali si pelaku dilepas dengan saman kompaun yang tidak seberapa.

Operasi ini bertujuan untuk membersihkan longkang, lorong belakang dan struktur haram. Pelbagai reaksi daripada netizen; kepada mereka pengundi di Wangsa Maju, mereka tahu berapa perlunya operasi sebegini harus dilakukan.

Namun, segala insiden mengundang sentiment kononnya ada ke tidak adilan. Ada komen di ruang media sosial sengaja memprovokasi kenapa hanya gerai komuniti tertentu dijadi mangsa, ada yang mengatakan ada habuan di sebalik operasi ini, macam-macam teori konspirasi keluar, walaupun isu ini adalah isu salahlaku peniaga – semudah itu sahaja.

KEADILAN menperjuangkan reformasi institusi. Apa yang berlaku di Prima Setapak, juga adalah hasil daripada reformasi institusi 22 bulan PH berkuasa.

Pelaku kesalahan harus dihukum. Tidak patut ada simpati kepada mereka yang semata mata mengguna alasan PKP atau cari makan untuk membolehkan mereka terus berleluasa.

Di Wangsa Maju, mahupun Wilayah Persekutuan jarang ada operasi yang sebesar ini walaupun PH tidak lagi berkuasa. Seramai 50 anggota yang turut serta dalam lawatan tapak pada 4 Disember – menunjukkan, terdapat perubahan dalam kakitangan kerajaan. Mereka kembali kepada buku peraturan mereka, tidak lagi menjadi orang suruhan seperti dulu.

Tindakan DBKL kali ini amat tepat pada masa. Setiap salah laku, diambil berat dan hukuman dijatuhkan kepada si pelaku untuk mengingatkan, era ‘cash rule everything around me’ telah berlalu.

Ini baru 22 bulan, bayangkan sekiranya PH kembali berkuasa untuk lebih lama lagi. Mungkin wawasan 2020 tidak dapat direalisasi, HARAPAN untuk menjadi negara maju tetap ada.

Andre Lai
Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan
Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju