Resolusi Tahun Baru Cina ‘The Way of Dragon’ 2024

Tahun ini tahun naga, mengikut turutan zodiak horoskop kalendar Cina. Naga satu mahkluk misteri yang sentiasa dikaitkan dengan semangat proaktif dan sentiasa mara ke depan.

Perkataan naga 龙 wujud dalam nama ramai lagenda, termasuk bintang kung fu Bruce Lee dan Jackie Chan. Sifat naga yang kian menyerlah boleh dilihat melalui filem The Way of Dragon dibintangi oleh Bruce Lee. Nama filem dalam bahasa asal 猛龍過江 membawa maksud ‘Naga Melangkah Kawasan Baru’.

Dalam konteks hari ini, Malaysia Madani adalah naga untuk membawa pembaharuan ke paradigma baru. Komponen identiti negara dan semangat muhibbah wajar dijadikan intipati pembaharuan reformasi.

Kita tidak lagi menganggap Tahun Baru Cina perayaan hanya untuk masyarakat Cina sahaja, sebaliknya ia wajar menjadi sambutan kebangsaan yang turut dirai oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia.

Adat resam, kebudayaan dan bahasa dialek Cina telahpun menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia. Toleransi kepelbagaian masyarakat majmuk telah pun menjadi sumber kekuatan Perpaduan negara.

Ada pepatah Melayu yang berbunyi Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, baik lagi negeri sendiri.

Oleh itu, perkuatkan iltizam reformasi di ‘negeri’ sendiri sebelum melangkah ke ‘negeri’ baru. Inilah resolusi saya untuk Tahun Naga 2024.

Selamat Tahun Baru Cina, Selamat Bercuti dan Salam Malaysia Madani kepada semua.

Jadikan tahun ini tahun cara naga (The Way of Dragon).

Lai Chen Heng (Andre) AMW
Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan
Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju
Ahli Lembaga Bandaraya Kuala Lumpur
Pengerusi, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rehabitasi Cheras
AJK, MCPF (KL)