Ribut kencang menyebabkan pokok tumbang di Wangsa Maju

Antara kawasan yang terjejas, malapetaka di PPR Gombak Setia adalah yang paling serius. Saya terasa terkilan apabila mendapat tahu berita 7 kereta di hempap pokok tumbang belakang Blok 41.

Walaupun JPAM telah berada di kawasan, namun pokok yang besar amat sukar dipotong. Saya menghubungi pihak Bomba untuk mendapatkan bantuan.

Terima kasih kepada Kapten Saiful, daripada Pasukan B, Balai Bomba Taman Melati yang bergegas ke kawasan selepas itu.

Difahamkan kerja pembersihan mengambil masa 4 jam. Kami telah menyeru semua mangsa bencana supaya berhubung dengan DBKL untuk mendapatkan nasihat pampasan kerosakan.

Turut bersama kami untuk menolong adalah Skuad KEADILAN Wangsa Maju (Jackie dan Vijey), Hj Khair dan Hassan wakil komuniti PPR Gombak Setia.

Pada masa yang sama, saya juga berharap DBKL boleh mengambil perhatian terhadap pokok yang lebih besar di sebelah Dewan Komuniti Gombak Setia.