Rintihan penjaja di Taman Melati

Tempoh PKPB, kami jarang berjumpa. Hari ini kami bersempatan untuk makan bersama sahabat baik kami di Taman Melati.

Hj Ismail, Abu Bakar, Hamed dan Ayah Mat, merupakan penduduk Flat Taman Melati dan penyokong kuat kami. Dalam masa krisis sebegini, mereka masih lagi boleh gigih berusaha dalam perniagaan mereka.

Merenung kepada peniaga dalam Pasar Malam Taman Melati tadi, saya terasa terkilan melihat sambutan pasar malam yang tidak sebaik dahulu. Pelanggan dan tapak gerai yang jauh berkurang berbanding sebelum ini.

Dijangka akan ada ramai yang menganggur, bakal mencuba nasib untuk berniaga. Persaingan sengit pasti berlaku apabila peniaga baru diberi kelonggaran, seperti diumumkan baru-baru ini.