‘Roadshow’ Filem Oppa di Alpha Angle Seksyen 1

Minggu lepas, saya memenuhi jemputan promo film Oppa di Alpha Angle (dahulu JUSCO Seksyen 1) yang melihat penglibatan secara langsung daripada PDRM. Filem ini berkisahkan isu ‘scam’ cinta yang berleluasa kebelakangan ini.

Meskipun ia adalah filem pertama Pengarah Dennis, namun jalan cerita yang mencerminkan kes jenayah sebenar pasti akan menarik perhatian penonton.

Pn ACP Lai, dari Jabatan Jenayah Komersil PDRM yang menjadi tetamu khas, juga mengambil kesempatan promosi ini untuk berceramah berkenaan dengan isu ‘scammer’ cinta.

Mewakili MCPF KL, saya amat mengalu-alukan ceramah sebegini di Wangsa Maju. Kami pasti bertemu lagi. Semoga kami boleh menjanakan kolaborasi bersama.

Filem Oppa dijadualkan untuk ke pawagam bulan Mac tahun hadapan.