Ronda Kampung Puah Seberang

Lompat ke motorsikal Ketua Kampung Puah Seberang, Pak Hassan bawa saya meronda seluruh kawasan.

Kampung ini tidak besar. Hanya ada dua jalan utama. Saya sering ke kawasan untuk melawat penduduk. Sempat juga berjumpa abang Mokhtar dan penduduk yang sedang bermain karom petang tadi.

Sambil mendengar rungutan penduduk, saya mengambil kesempatan ini untuk mengagih kalendar 2024.

Kampung Puah Seberang terletak di kawasan bersempadan dengan Sentul. Ramai yang tidak tahu, bahawa tempat ini terletak dalam Parlimen Wangsa Maju.

Semoga 2024 tahun menjadi tahun kemuncak Malaysia Madani!