Rosakkan kain rentang Ahli Parlimen

UNSUR KHIANAT UCAPAN PERAYAAN

Saya tidak percaya dengan merosakkan kain rentang ucapan perayaan daripada Ahli Parlimen boleh mencerminkan kekuatan mereka.

Ucapan Hari Raya Haji yang mulia, tidak sangka dibalas dengan unsur khianat.

Saya bersyukur pihak polis mengambil berat kes sebegini. Pihak IPD, IPK dan Special Branch masing-masing telah mengambil keterangan daripada saya.

Kami bukan dalam kerajaan namun nilai kami tetap tinggi. Oleh itu, hormatilah kami sebagai warga Malaysia.

KEADILAN untuk semua.