Rumah Sampah di Kampung Puah

Ini bukan isu baru. Masalah kekurangan rumah sampah di Kampung Puah telah berlanjutan sekian lamanya. Telah 2 kali lawatan tapak dibuat, dan yang terbaru pada 14 November 2023, di mana dihadiri oleh Prof Hamidah, Sdr Khalid Ketua Kampung dan Sdr Iskandar, Setiausaha Cabang KEADILAN Wangsa Maju bersama pasukan JKAS DBKL.

Surat telah ditujukan kepada JKAS seawal Februari 2023, dan masih belum ada keputusan tegas. Saya telah berhubung dengan Dr Umi, pengarah jabatan agar menilai semula rancangan ini, berdasarkan cadangan yang saya kemukakan.

Saya percaya, sekiranya tiada penyelesaian dalam masa terdekat, sampah mungkin akan dibuang merata-rata di luar kawasan perkuburan. Saya berharap, projek ini dapat dimeterai sebelum berakhirnya tahun 2023.