Rumah Terbakar di Lorong Malinja 1, Taman Bunga Raya

Melawat mangsa kebakaran di Lorong Malinja 1, Taman Bunga Raya. Mangsa Ucu, 52 tahun, hilang tempat tinggal, sehelai sepinggang. Kebakaran memusnahkan hampir 80% bahagian rumah terbabit.

Terima kasih kepada 21 anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, BBP Setapak dan BBP Gombak Selatan yang dikejarkan ke lokasi kejadian.