Rumah Terbuka CNY Kak Wan

敦拉萨镇人民公正党新春团拜。

Memenuhi jemputan YBhg Tn Azman Abidin, Setiausaha Politik Perdana Menteri (merangkpak ketua cabang BTR) untuk ke rumah terbuka Tahun Baru Cina KEADILAN Bandar Tun Razak.

Pengunjung dihidangkan dengan yee sang dan makanan yang enak, serta persembahan nyanyian dan tarian singa.

Majlis dirasmikan oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak – turut hadir dalam program adalah YB Menteri Tn Fahmi Fafzil (Menteri Komunikasi & Digital), YB Tan Kok Wai (Ahli Parlimen Cheras), YB Zahir Hassan (Ahli Parlimen Wangsa Maju). Datuk Kamaruldzaman, Pengarah Eksekutif DBKL dan pimpinan HARAPAN Wilayah Persekutuan

Tahniah kepada semua yang berusaha. Salam Chap Goh Meh dan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua!