Rumah terbuka Tahun Baru Cina bersama PMX

Mengiringi YAB Dato Seri Anwar Ibrahim ke rumah terbuka MCA dan KLSCAH bersama pemimpin Cina KEADILAN dan para jemaah menteri.

Antara ahli kabinet KEADILAN yang turut hadir bersama adslah YBM Chang Lih Kang YBM Fadhlina Sidek, YBTM Saraswathi, dan YBTM Ramanan. Turut hadir bersama Tn Chan Ming Kai, Setiausaha Politik PM dan YB Hee Loy Sian Pengarah SW Corp.

Dari KEADILAN Wilayah Persekutuan, saya ditemani oleh Dr Ronald Pua (Pengerusi EKSAIS Wilayah Persekutuan) dan Jacky Wee Hong Tan (Ahli Lembaga MSWP).

Saya berjumpa dengan ramai kenalan lama MCA seperti Chris Daniel Wong dan Daniel Ling di rumah terbuka ini. Sukar dibayangkan bahawa kita sebenarnya boleh duduk semeja di lokasi yang dahulunya pantang larang seperti Dewan San Choon atau PWTC. Inilah kerajaan perpaduan yang tulen.

Kehadiran PMX membawa semangat Malaysia Madani memeriahkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Semoga Malaysia terus mencapai kejayaan pada tahun Naga.