Sabar, bekalan TNB tengah pulih

Bekalan elektrik akan mengambil sedikit masa untuk pulih walaupun banjir telah surut.

TNB mengutamakan aspek keselamatan dengan memastikan setiap pepasangan elektrik dibersihkan, diuji dan disahkan selamat sepenuhnya sebelum diaktifkan. Jika ada kerosakan seperti tiang tumbang atau hanyut serta kabel rosak oleh sebab mendapan tanah, kerja-kerja pembaikian akan melanjutkan tempoh pemulihan bekalan elektrik.

Terdapat juga kawasan yang tidak terjejas banjir tetapi masih belum menerima bekalan elektrik. Bekalan akan disalurkan kepada pengguna setelah keadaan dipastikan selamat secara berperingkat.

https://m.facebook.com/TNBCareline/photos/a.395189897161342/5458564950823786/?type=3