Salam Bubur Lambuk dari PPR Gombak Setia

Singgah ke PPR Gombak Setia untuk melawat rakan-rakan persatuan. Kelihatan kaum wanita sibuk untuk membuat persediaan mengacau bubur lambuk dan kaum lelaki duduk bersembang. 

Hari ini kacau bubur di pejabat persatuan. Semalam pula KRT dan Surau As Sakinah. Komuniti di sini amat muhibbah. Hj Khair, Emma, Faridah, Juliet dan ramai lagi memang banyak membantu saya di sini.

Semoga semangat Malaysia Madani terus disantuni. Salam Ramadhan ke 13.

Leave a Reply