Salam Takziah Hj Kamil

Ketua Kampung Sungai Mulia Haji Kamil sekeluarga adalah kenalan rapat KEADILAN Wangsa Maju. Baru sahaja semalan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju melawat isterinya.

Malah kami telah berjanji untuk mendapatkan khidmat sinseh untuk isterinya, dijadualkan petang besok. Tidak sangka, hari ini, isterinya telah pergi selama-lamanya.

Salam takziah kepada Hj Kamil dan keluarga atas pemergian isteri tercinta.