Salam Takziah kepada keluarga arwah Danial Danau Kota

Saya ditemani Kamarul, pengerusi persatuan penduduk, David dari JMB dan Jasman, Ketua Ranting Danau Kota ke jenazah Danial (Hod bin Yusof), mantan Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Danau Kota.

Beliau menghembus nafas terakhir tengah malam semalam di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Salam takziah saya ucapkan kepada keluarganya.
Semoga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.