Sambutan Hari Pongal Wangsa Maju 2019

Sambutan Hari Pongal Anjuran Parlimen Wangsa MAju bersama rakan-rakan berbangsa India di PPR Gombak Setia.

Kali ini, program Ponggal dianjur oleh Sdr JJ Maheswaran, yang juga AJK Cabang Wangsa Maju.

Saya secara peribadi amat mengenali JJ sebagai seorang yang amat komited dalam kerja-kerja sosial. Saya berharap persahabatan ini dapat diteruskan dan boleh bersumbang kepada masyarakat setempat.

Seperti bubur nasi manis Ponggal melimpah keluar daripada periuk tanah bila dimasak, begitu jugalah diharap sokongan anda kepada Pakatan Harapan yang akan sentiasa melimpah dengan penuh keyakinan dan kepercayaan untuk terus menerajui kerajaan yang amanah, cekap dan progresif.

Terima kasih kepada semua yang hadir