Sambutan majmuk Deepavali di Ampang

Beraya Deepavali di rumah kawan baik Sunder di Ampang Campuran. Kami berkunjung ke rumahnya; ada di kalangan kami yang bekas rakan sekolah, ketua kampung, ketua ranting – kesemuanya telah menjadi aktif dalam KEADILAN.

Semangat muhibbah pelbagai kaum seperti ini menjadi intipati parti kami.
Melayu, India, Cina – KEADILAN untuk Semua.

p/s: Saya bersekolah di SRK Ampang Campuran, tepat di depan rumah Sunder.