Sambutan Raya Sri Langkawi 2 amat meriah

Kawasan Sri Langkawi 2 bertukar menjadi pesta semalam. Ada live band, ada makanan yang enak dengan hiasan Aidilfitri yang cantik. Majlis hari ini adalah yang terbaik di Sri Langkawi 2 sepanjang saya mengenali komuniti ini.

Dengan riak muka yang gembira, saya percaya pengerusi persatuan penduduk dan perbadanan, Kamsol dan Azmee Naib Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju merupakan figura yang popular di sini.

Sebagai pemimpin komuniti, keikhlasan merupakan kriteria pertama, meskipun saya faham ada juga yang akan membaling batu, tetapi tangan menyorok, tidak kira betapa baik mereka berkhidmat.

Tahniah saya ucapkan dan maaf, kerana saya tidak dapat berada di sini lama.

Leave a Reply