Sambutan Tahun Baru Cina Kuala Lumpir 2024

Sekitar Majlis Sambutan Tahun baru Cina Kuala Lumpur 2024 yang telah dihadiri oleh YBhg Datuk Sr Hj Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, mantan Datuk Bandar. Majlis dilakukan di Jalan Raja, tepat di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Sambutan ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan budaya tradisi masyarakat pelbagai kaum dalam menyambut perayaan utama di Malaysia dengan pelbagai hidangan juadah tradisional serta persembahan kebudayaan terutamanya kepada pelancong asing.

Antara yang menjadi tarikan utama sepanjang majlis tersebut berlangsung adalah seperti tarian naga, persembahan muzik, persembahan yoyo cina, persembahan Cantonese Opera yang menggunakan Bahasa Melayu, persembahan tarian kipas dan juga persembahan cultural Vietnam. Namun yang paling menonjol adalah penampilan penyanyi Sdr Vince Chong.

Dalam majlis yang sama, YBhg Datuk Bandar Kuala Lumpur turut menyempurnakan sesi flag off Prosperity Walk Parade yang merupakan penganjurannya buat kali ke-3 pada tahun ini. Prosperity Walk Parade ini diadakan bersempena dengan sambutan Chap Goh Mei 2024.

Hujan selama sejam, langsung tidak menghampajan semangat mereka dalam perarakan. Ia bermula dengan baik di Dataran Merdeka, dan disempurnakan dengan baik di Lalaport. Kita berjumpa tahun hadapan.

Sumber gambar dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur