Sambutan Tahun Baru PPR Gombak Setia

Finale sambutan ambang tahun baru saya  mendarat di PPR Gombak Setia. Banyak pengisian program di sini; ada santapan makanan enak, pertandingan pakaian tradisi, cabutan bertuah dan sesi karaoke. Baru saya perasan ramai ‘Ziana Zain: di sini.

Tahniah saya ucapkan kepada para penganjur dari kalangan pesatuan penduduk, KRT, kelab belia dan surau.

Satu usaha yang cukul baik melibatkan semua. Syabas kepada Kak Ana, Hassan KRT dan pengerusi persatuan penduduk Hj Khair.

Sepanjang hari, saya telah berkunjung ke sekurang-kurangnya 5 program. Majlis ini menutup tirai program malam tahun baru saya.

Terima kasih atas semua jemputan. Jadikan 2024 tahun lebih makmur dan berwawasan!