Sampah pukal di Kampung Padang Balang

Aduan daripada berkenaan dengan sampah yang tidak diambil di Kampung Padang Balang.

Namun, saya telah mengesahkan dari pihak Alam Flora yang sampah pukal sebegini dijadualkan untuk dibersihkan setiap hari Isnin, hanya di kawasan yang ada tong besar.

Ditambah pula, benda seperti perabot terpakai atau bahan pembinaan tidak seharusnya di buang begitu saja di tepi jalan. Kami memohon Alam Flora untuk menjalankan pembersihan sekali di sini walaupun ia bukan dibawah tanggungjawab mereka.

Kami menghargai kerjasama daripada semua pihak.