Santai Pagi HARAPAN Wangsa Maju di Taman Melati

Santai pagi bersama komuniti Flat Taman Melati – pertemuan membawa tema ‘Masih Ada Harapan’ melibatkan rakan seperjuangan saya Datuk Sabtu, Ketua Kawasan Amanah dan Sdr Abu Bakar ketua JDM KEADILAN Flat Taman Melati.

Turut hadir bersama adalah pemimpin akar umbi Flat Taman Melati dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Pada masa yang sama saya juga kesempatan untuk mengagihkan kuih bulan reformasi kepada kawan kawan yang hadir. Perayaan Pesta Kuih Bulan merupakan antara perayaan kebudayaan Cina yang terpenting. Setiap tahun, saya akan pastikan sambutan dibuat bersama dalam konteks masyarakat Mubibbah.

Selain daripada kuih bulan, Sdr Abu juga menyediakan kek sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Terima kasih kepada anjuran Sdr Abu Bakar Abu Bakar dan Vijey Ravindaren, Ketua Penerangan KEADILAN Wangsa Maju.