Satu minggu sebelum Syawal

Seminggu sebelum Raya, pasti semua sibuk dalam persediaan untuk menyambut kehadiran bulan Syawal.

Mengimbas kembali zaman persekolahan di Ampang, saya merupakan produk Sekolah Kebangsaan dan kawan-kawan saya semua berbangsa Melayu.

Saya ingat lagi, saya bersama kawan-kawan suka berkunjung ke rumah ‘terbuka’ di Kampung Melayu Ampang, Kampung Ampang Campuran, Kampung Lembah Jaya dan Kampung Tasik.

Kenal atau tidak, kami berjalan kaki dari rumah ke rumah dari pagi sampai malam. Tidak ada istilah spesifik yang boleh menghurai perasaan seronok masa itu. Perbezaan budaya tidak menjadi halangan kami berkawan.

Saya berharap semua boleh bertabah dalam menyambut Hari Raya yang istimewa tahun ini. Jangan biarkan Covid 19 menjadi halangan untuk sambutan Hari Raya.

Mewah atau tidak, yang paling penting Hari Raya disambut bersama keluarga dengan masa yang berkualiti.

* Gambar diambil pada 2019. Rewang bersama penduduk kampung Warisan.