SCP, tolong potong rumput di kawasan!

Kawasan hijau persendirian antara KL Traders Square dan Kampung Kuantan sebelum ini penuh dengan semak samun. Banyak aduan penduduk, telah disalurkan kepada pihak pembina dan DBKL.

Kebelakangan ini, pihak pemaju telah membersihkan kawasan dan kerap menjalankan pemotongan rumput agar kawasan nampak lebih bersih.

Semoga ia kekal kemas.