Selamat datang ke dalam keluarga besar KEADILAN, Hj Zainal

Saya mengalu-alukan Hj Zainal dalam keluarga besar KEADILAN.

Selama saya kenal beliau, Hj Zainal banyak membantu dalam program bantuan makanan kami. Beliau juga berkhidmat bersama Sdr Sri Tharan, Naib Ketua Cabang dalam MPP kawasan Seksyen 1 Wangsa Maju.

Semoga dengan Hj Zainal yang secara rasminya menyertai KEADILAN, kami boleh meneruskan agenda reformasi bersama, membina semula negara bersama.