Selamat Hari Guru 2024

Selamat Hari Guru 2024. Tahun ini, tema kami adalah “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani”.

Hari ini didedikasi kepada profession perguruan yang semakin mencabar. Tidak dapat dinafikan, ia telah berkembang pantas seiring kepesatan teknologi terkini yang menuntut setiap seorang menguasainya dengan penuh rasa tanggungjawab dalam memenuhi aspirasi kerajaan.

Penekanan penguasaan teknologi baharu kini bukan satu keistimewaan malah ia satu keperluan bagi setiap pendidik menguasainya dengan pantas agar dapat mengaplikasikannya kepada anak didik masing-masing.

Jika dahulu, pengajaran secara konvensional dilaksana namun kini dengan teknologi terkini, warga pendidik diharap mampu menambah nilai kualiti pengajaran bagi meningkatkan keboleh pasaran graduan bermula daripada peringkat sekolah rendah lagi,” ujar beliau.

Sebab itu apabila ungkapan ‘Guru Jauhari Digital’, ia membawa pengertian bahawa sekumpulan guru yang mahir berkaitan penggunaan digital dan dapat mengintegrasikan aspek digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Terima kasih kepada para pengamal pendidikan dan guru yang telah menyumbangkan masa untuk mendidik generasi akan datang. Salam Malaysia Madani.

Leave a Reply